Berita | Naik harga lantai getah sekerap, lebih ramai penoreh keluar daripada kemiskinan, RISDA beritahu kerajaan

PETALING JAYA: Lebih ramai penoreh getah dijangka dapat keluar daripada garis kemiskinan jika kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram bermula Januari tahun depan, kata Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pengerusinya, Mohd Salim Mohd Sharif, berkata, ini berikutan harga lantai getah sekerap ketika ini, iaitu RM2.50 sekilogram adalah jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit yang mencecah RM1,100 setiap tan, sekali gus mewujudkan jurang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit.

“Saya sudah bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat baru-baru ini untuk peruntukan Belanjawan 2022, saya rayu agar Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tingkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50.

“Sekiranya harga lantai komoditi ini dapat dipertingkatkan mulai Januari tahun depan, kerajaan tidak lagi perlu memberi subsidi musim tengkujuh kepada 83,000 pekebun kecil yang mempunyai keluasan 2.5 hektar kebun ke bawah sebaliknya semua 552,000 pekebun kecil seluruh negara akan terima manfaat daripada kenaikan harga lantai berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut Salim berkata, kenaikan harga lantai getah sekerap juga akan mengurangkan penghijrahan anak muda ke kawasan bandar, selain menarik minat individu yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 untuk menjadikan menoreh getah sebagai kerjaya.

Selain itu katanya, kebanyakan pekebun kecil kini sudah berusia dan tidak mampu untuk bekerja lagi.

“Dalam Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025, kita jangkakan pendapatan isi rumah pekebun kecil kita meningkat kepada RM4,500 sebulan.

“Dalam masa sama untuk memastikan model ini tercapai kita juga menggalakkan pekebun kecil menghasilkan getah lateks kerana harganya lebih tinggi, iaitu antara RM6 hingga RM7 sekilogram, bagaimanapun pekebun kecil perlu bekerja lebih sedikit untuk hasilkan getah ini.

“Sekiranya kita dapat terapkan semangat transformasi kerja pekebun kecil selain kerajaan meningkatkan harga lantai getah sekerap, kita yakin akan dapat keluarkan mereka daripada garis kemiskinan,” katanya. – FMT

credit photo: UtusanBorneo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: