Berita | 94 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap vaksin

KUALA LUMPUR – Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencecah 21,993,417 orang atau 94 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.3 peratus populasi dewasa atau 22,756,938 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 207,541 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,046,427.

Sementara itu, 9,139 dos penggalak kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 30,756.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 940,960 individu atau 29.9 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 2,483,693 individu atau 78.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula 8 September lepas. – Bernama

kredit foto: MStar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: