Berita | COVID-19: Amerika Syarikat umum bantuan tambahan RM3.3 juta kepada Malaysia

Amerika Syarikat mengumumkan bantuan tambahan ASD800,000 atau RM3.3 juta kepada Malaysia bagi membantu menangani wabak COVID-19.

Bantuan yang disalurkan ini akan menyokong usaha Malaysia memvaksinasi populasi yang rentan dan sukar dijangkau.

Ia juga bagi menyokong kemudahan kuarantin yang selamat demi memastikan pemulihan ekonomi dapat berjalan lancar.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia hari ini berkata, dana tersebut akan dikelolakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan antara Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters.

“McFeeters turut mengucapkan terima kasih atas sokongan PBSMM dalam usaha menentang COVID-19, serta usaha Malaysia dalam menjaga keselamatan penduduk seluruh negara.

“Tunku Puteri Intan Safinaz turut mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat yang turut menyokong usaha yang dilakukan PBSMM dalam memvaksinasi dan membendung wabak,” jelas kenyataan itu.

Bantuan tambahan ini menjadikan keseluruhannya sebanyak ASD2 juta atau RM8.3 juta sumbangan daripada Amerika kepada Malaysia sejak wabak bermula.

Pada 5 Julai lalu, Amerika turut menyumbang 1 juta vaksin Pfizer ke Malaysia selain bekalan perubatan, alat ujian COVID-19, serta ambulans.

Komuniti perniagaan Amerika melalui MY AMCHAM Cares juga telah menyumbang lebih RM7 juta kepada usaha bantuan COVID-19 sejak 2020.

Usaha ini digerakkan sebagai kerja-kerja menyelamatkan nyawa sejak beberapa dekad dan kepimpinan Amerika dalam menangani krisis kesihatan global.

Amerika juga komited bekerjasama dengan Malaysia untuk mengakhiri wabak COVID-19, mengurangkan impak sosial dan ekonomi serta membangun kembali dunia. – AWANI

oleh Hafizi Rosli

kredit foto: AstroAwani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: