Berita | Empat bekas ADUN belum kemuka permohonan sertai PH: Anwar

SHAH ALAM – Belum ada keputusan daripada Pakatan Harapan (PH) sama ada akan membuka pintunya kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka baru-baru ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan media, Anwar berkata, keempat-empat ADUN tersebut masih belum mengemukakan permohonan secara rasmi meskipun telah menyatakan niat untuk menjadi sebahagian daripada PH.

“Kami akan menunggu kerana kami tidak mahu membuat pilihan.

“Kami akan memberi mereka masa dan peluang untuk berinteraksi dengan kami,” katanya pada Rabu.

Pada 4 Oktober, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Keputusan itu dibuat selepas empat orang ADUN kerajaan iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengesahkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November ini manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November. – SINAR HARIAN

oleh Mukhriz Mat Husin

kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: