Berita | Jenazah Mohd Diya selamat dikebumi

MELAKA: Jenazah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras petang semalam, selamat dikebumikan, pagi ini.

Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada jam 11.50 pagi.

Terdahulu, jenazah mangsa dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur Krubong sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Bomba Melaka, Abu Bakar Katain.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran isteri arwah Noraida Che Nor bersama empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah. – BH ONLINE

Oleh Nuraliawati Sabri

kredit foto: Facebook Zuraida Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: