Berita | ‘Man United tak akan mengalah!’ – Ronaldo
Manchester: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penting ketika Manchester United melakukan kebangkitan luar biasa pada saingan Liga Juara-Juara untuk meletakkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di kedudukan teratas Kumpulan F.
United ketinggalan dua gol selepas lawan mereka, Atalanta mempamer aksi cemerlang pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun Marcus Rashford dan Harry Maguire menyamakan kedudukan di babak kedua sebelum Ronaldo menanduk masuk bola minit ke-81 sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk United.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Ronaldo memuji suasana hebat di Theatre of Dreams.
“The Theatre Of Dreams sangat hebat. Kami adalah Man United dan kami tidak akan mengalah! Inilah Old Trafford!,” katanya.
Gary Lineker memuji bintang Red Devils itu apabila melabelkan dirinya sebagai seorang penyerang terbaik yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini ketika melakukan tandukan.
Bagaimanapun ada peminat yang kurang gembira dengan kemenangan itu apabila berasakan Ronaldo menyelamatkan Solskjaer daripada dipecat.
Ada juga yang berseloroh menyatakan Ronaldo mempamer aksi cemerlang kerana tidak mahu beraksi di Liga Europa. – AGENSI
kredit foto: EPA