Berita | ‘Saya yakin pengundi beri peluang PN tadbir Melaka’ – Azmin

MASJID TANAH- Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan itu mampu mentadbir negeri Melaka sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.

Jelasnya, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria yang terbaik untuk rakyat.

“Kita menyerahkan kepada rakyat Melaka dan Masjid Tanah dan saya yakin kematangan pengundi mereka mahu perpaduan, sebuah kerajaan stabil, prihatin kepada rakyat, dasar yang jelas demi masa depan negara dan negeri.

“Kesemua kriteria ini ada dalam PN, atas dasar itu saya yakin pengundi akan berikan peluang kepada PN untuk mentadbir sebuah lagi kerajaan negeri iaitu kerajaan negeri Melaka,” jelasnya.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara tiga parti itu, ujar Azmin perkara itu masih lagi dibincangkan.

“Itu kita akan bincang dalam PN. Itu akan kita umumkan yang penting ada persefahaman yang baik mengikut kemampuan parti dan faktor kemenangan berdasarkan faktor calon parti dan jentera ini proses biasa dalam semua rundingan pilihan raya sebelum ini.

“Pas mempunyai kekuatan tersendiri di Melaka, kerana majoriti rakyat Melaka adalah Melayu dan Islam dan lama dah berada di Melaka.

“Gerakan parti mewakili semua kaum, Bersatu parti baharu tapi ada track record cemerlang, sebuah parti diasaskan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa dalam sistem negara kita pada hari ini,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera PN Parlimen Masjid Tanah di Dewan Dato Abu Seman, Masjid Tanah pada Ahad. -Awani

kredit foto: TheEdgeMarkets

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: