Berita | Bersatu, PAS tanding di Melaka guna tiket PN

Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada pilihan raya negeri Melaka akan datang menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), kata pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin.

Katanya, keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat khas itu secara khusus diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya dewan undangan negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Muhyiddin, rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti PN akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa rundingan kerusi PN.

Majlis Tertinggi PN juga, katanya memutuskan semua parti-parti komponen untuk menggerakkan jentera pilihan raya maing-masing.

Mereka juga diminta menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi memenangi kepercayaan rakyat Melaka agar mencapai kejayaan dalam pilihan raya itu.

Pilihan raya Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober, langkah yang diambil selepas empat wakil kerajaan menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tetap dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada sebarang pilihan raya.

Ini mendorong Muhyiddin yang kemudiannya menguumkan bahawa PN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN di Melaka.

Bagaimanapun, PAS mengulangi gesaannya agar Umno dan PN bekerjasama pada pilihan raya negeri itu.

Pada 2018, Bersatu ketika diterajui oleh Dr Mahathatir Mohamad bertanding di enam kerusi DUN di Melaka, tetapi hanya menang dua – Paya Rumput dan Telok Mas

PAS gagal memenangi sebarang kerusi DUN di Melaka.

Analisis awal menunjukkan bahawa walaupun Bersatu dan PAS bergabung, PN akan tetap berdepan pertempuran yang sukar dan mungkin berisiko tersingkir pada pilihan raya negeri kali ini. – MALAYSIAKINI

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: