Berita | ‘Grouping’ pekebun kecil agar bantuan lebih bersasar

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER : Pekebun kecil sawit dari kumpulan B40 dengan tanah bawah 10 ekar akan dikumpul untuk ‘grouping’ supaya bantuan selepas ini lebih bersasar.

Perkara itu dijelaskan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam rancangan temubual Inklusif di TV1 malam tadi.

“Kerajaan ada sediakan pelbagai bantuan seperti benih, peralatan, skim tanaman semula, skim tanaman baharu dan teknologi kepada pekebun-pekebun kecil sawit ini.

“Jadi, kita sedang rangka untuk buat ‘grouping’ pekebun-pekebun kecil ini supaya bantuan sampai dan lebih bersasar,” katanya.

Menurut Zuraida, edaran bantuan untuk pekebun kecil sawit buat masa ini kurang sistematik dan tidak selaras.

Ia akhirnya mengakibatkan ada pekebun kecil yang tersisih dari mendapat bantuan.

Maka, kaedah ini merupakan satu sokongan dan motivasi kepada pekebun kecil agar terus kekal berada dalam industri, sekaligus menyumbang kepada hasil negara. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: