Berita | Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama lindungi industri sawit
PUTRAJAYA, 26 OKTOBER : Negara kita sepakat memperkukuh kerjasama dengan negara jiran, Indonesia dalam usaha melindungi industri sawit.
Ia termasuklah mengenai kempen antiminyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Australia dan Oceanic.
Dalam kenyataan semalam, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia dan Indonesia akan berusaha sepenuh tenaga memerangi kempen itu.
Usaha itu akan dijalankan menerusi Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
“Kempen itu tidak berasas dan tidak menggambarkan kelestarian industri minyak sawit sebenar.
“Kempen itu juga bercanggah dengan komitmen EU untuk amalkan perdagangan bebas,” katanya. – PPI
kredit foto: Facebook Zuraida Kamaruddin