Buahfikir | Teori Kamal Hatta: Tuah dan Jebat bergaduh, Lekir jadi mangsa

Pertelingkahan komponen pemimpin Melayu jadi tamparan hebat dalam politik Melaka. Kontroversi ini telah mengakibatkan satu mimpi ngeri bagi Lekir sebagai orang tengah kedua-dua pihak.

Itulah nasib rakyat Melaka, terpaksa menunaikan tanggungjawab berisiko tinggi ketika kuasa politik jadi pertaruhan dua gajah besar di Melaka.

Pertelingkahan ini telah menelan belanja lebih RM40 juta dan memberi kesan besar kepada lingkaran ekonomi anak Melayu B40.

Selepas peralihan dari fasa pemulihan, peluang yang muncul menjadi perbualan Melayu B40. Pak Cik Beca mula ghairah mengumpul seberapa banyak pendapatan demi kelangsungan hidup walaupun dalam norma baharu.

Namun akibat karenah 4 hulubalang Melaka, keceriaan Pak Cik Beca ini jadi igauan ngeri. Cuba kita bayangkan RM40 juta itu diberi sebagai insentif kepada semua penarik beca di Melaka, berapa agaknya mereka dapat?

Penulisan ini pada ahli politik nampaknya seperti rakus, tetapi aku menulis untuk memberi pencerahan kepada mereka melalui keluhan rakyat. Korang yang lepak di Hard Rock Café tepi Sungai Melaka tidak akan terasa keperitan ini. Mungkin korang pada masa itu sibuk sembang bagaimana langkah politik kuasa dapat manfaatkan diri sendiri.

Namun apa yang ada dalam fikiran Pak Cik Beca berbeza. Persoalan dalam kepalanya hari ini, adakah kes Covid-19 akan mencanak dan apa yang mereka nak makan esok hari?

Resah bimbang ini harus diambil kira ahli politik secara mendalam. Kalau ingin terus relevan, semua parti politik harus handal berlagak membantu rakyat kebanyakan, jangan nampak acah-acah. Pastikan adegan dan stunt membantu rakyat itu menghiburkan. Adegan membabi, reformasi baru nak up setengah masak dan muka toya bukan satu pilihan yang tepat untuk rakyat Melaka.

Meresahkan rakyat dengan langkah politik bukan jalan terbaik. Semoga orang politik yang bersikap seperti ini akan dihukum rejam sampai mati sekiranya ia di zaman pemerintahan Melayu kuno.

Cuba korang bayangkan Mak Temah Dodol, Pak Abu Cendol dan juga peniaga kecil yang merintih untuk membayar sewa premis, menanggung bebanan bil dan memastikan kelangsungan kehidupan keluarga pekerja mereka. Rantaian ini akan musnah sama sekali demi mencapai satu keputusan uji kaji terhadap kelangsungan pilihanraya yang akan digunapakai pada PRU ke-15.

Selamat mengundi aku ucapkan, jaga SOP dan juga keselamatan keluarga. Aku gerak dulu! – PPI

oleh Kamal Hatta

kredit foto: SunDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: