Berita | Dedah individu dalam kerajaan, 1MDB terima sogokan bekas pegawai Goldman Sachs, Najib beritahu SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tindakan diambil terhadap individu dalam kerajaan dan 1MDB yang menerima sogokan daripada bekas pegawai tertinggi Goldman Sachs.

Bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat SPRM, Najib berkata, beliau membuat laporan terhadap bekas Pengerusi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner supaya pihak berkuasa boleh menyoal siasat atau mengekstradisi bekas pegawai tertinggi Goldman Sachs itu.

Sebelum ini, Leissner dilaporkan mengaku salah di mahkamah New York kerana menyogok beberapa individu.

Mereka yang menerima rasuah berkenaan tidak dinamakan, namun dilapor sebagai berprofil tinggi dan terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.

Susulan itu, Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta ganti rugi sehingga RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

“Saya amat pelik kenapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan seolah-olah tidak ingin mengetahui dan mengambil tindakan terhadap nama-nama pegawai 1MDB dan kerajaan yang telah disogok Leissner sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta ganti rugi sehingga RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia,” kata Najib.

Najib berkata, beliau membuat laporan kepada SPRM bagi membolehkan agensi antirasuah itu menyoal, membawa balik Leissner atau memohon senarai nama individu yang disogok daripada Jabatan Kehakiman (DOJ).

“Saya dinasihati dan terpanggil untuk membuat laporan SPRM pada hari ini terhadap Tim Leissner supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal, membawa balik beliau atau meminta senarai nama dari DOJ agar nama-nama didedahkan secara umum dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil.”

Beliau berkata, senarai itu didedahkan oleh peguam yang mewakili bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam prosiding jenayah terhadap beliau di Amerika Syarikat.

Katanya, bukti itu mampu melepaskan beliau daripada tuduhan 1MDB.

Najib berkata, beliau sendiri berusaha memperoleh senarai berkenaan menerusi proses perundangan di Amerika Syarikat, tetapi dikekang oleh DOJ negara itu pada April.

“Ini amat penting atas prinsip untuk mendapatkan ‘fair trial’,” katanya.

“Nama-nama ini perlu didedahkan sebab ini melibatkan bukan saja prinsip ‘fair trial’ tetapi kredibiliti mereka yang menjadi saksi berkenaan.

“Kita telah (mendapatkan senarai nama) melalui mahkamah tetapi telah dihalang oleh DOJ, sebab itu kita tiada cara lain. Kita terpaksa minta Peguam Negara lakukan ekstradisi terhadap Tim Leissner atau mendapatkan maklumat-maklumat itu daripada pihak berkenaan di Amerika Syarikat.”- FMT

kredit foto: Vignes Balasingam/FinancialTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: