Berita | Bas dari tumbuhan kenaf?

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER : Bidang automotif negara kini berganjak satu langkah ke depan dengan penggunaan kenaf sebagai bahan pembuatan.

Ia diutarakan Menteri KPPK, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam posting di laman Facebooknya, semalam.

“Siapa sangka tumbuhan kenaf boleh jadi komponen dalam bas?

Teruja saya tadi semasa pelancaran Bas Kenaf apabila melihat komposit non-woven kenaf digunakan sebagai dinding dan bumbung bas,” katanya.

Zuraida berkata, Bas Kenaf itu adalah produk kepada program penyelidikan (R&D) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Malaysia (LKTN) dengan BadanBas Sdn. Bhd.

Bas itu turut menggunakan fiber semulajadi lain sebagai panel pada bumper bas, lantai dan panel dashboard.

“Penggunaan kenaf dan fiber semulajadi ini telah dapat kurangkan berat bas sebanyak 2.54% dari bas biasa, bermakna bahan apinya lebih kurang digunakan.

“Saya yakin ini merupakan pencetus kepada penggunaan kenaf dalam industri automotif lokal mahupun antarabangsa,” katanya. – PPI

kredit foto: Facebook Zuraida Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: