Berita | WARISAN hilang 1 kerusi Parlimen, Mohamaddin Ketapi keluar parti

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan menjadi ADUN Bebas mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohamaddin pemimpin kedua WARISAN meninggalkan parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu dalam bulan ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada 8 Oktober lalu.

“Saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen Bebas sepenuhnya di peringkat Persekutuan,” kata bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)-WARISAN itu.

Mohammadin memberi alasan keputusannya dibuat berikutan kurangnya pembangunan di peringkat negeri serta Parlimen dan percaya keadaan itu akan berterusan jika beliau terus kekal dalam blok pembangkang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, WARISAN menang sembilan kerusi Parlimen di Sabah, namun satu kerusi kini kosong susulan penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober tahun lalu.

Berikutan keputusan Mohammadin, penyandang tujuh kerusi Parlimen daripada WARISAN ketika ini adalah Mohd Shafie (Semporna), Datuk Darell Leiking (Penampang), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Datuk Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Datuk Rozman Isli (Labuan), Ahmad Hassan (Papar) dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan).

oleh Izwan Abdullah

kredit foto: HeadTopics

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: