Berita | ‘Move’ Zuraida suburkan demokrasi – Penganalisis politik

KUALA LUMPUR: “Dalam konteks demokrasi, move Zuraida boleh menyuburkan amalan tersebut,” komen Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr. Tawfiq Yaakub berkenaan desas-desus Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ingin menubuhkan parti baharu yang bersifat multietnik.

Kata Dr. Tawfiq lagi, demokrasi semakin subur dan matang dengan adanya parti baharu ini.

Malah, katanya, ia kemungkinan besar akan mendapat sokongan wanita apabila presidennya wanita.

Bagi pelajar sosiologi dari Universiti Sains Malaysia, Noor Atikah Ramlee, jika benar parti baharu yang akan ditubuhkan bersifat multietnik dan diterajui seorang wanita, ia merupakan kemajuan politik setelah Malaysia dibelenggu parti konvensional berasaskan kaum.

“Kita telah lihat bagaimana parti-parti lama menggunakan bangsa dan agama dalam tujuan berkuasa.

“Boleh jadi tertubuhnya parti baru ini adalah jalan keluar untuk semua bangsa bekerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, usahawan Syaker Baharin berkata, parti itu akan memeriahkan lagi persada politik negara.

“Mewujudkan lebih banyak platform sama ada parti politik atau NGO sangat penting ketika ini.

” Bukan satu kaum saja yang terkesan dengan Covid-19 dan ingin dibangunkan semula,” katanya.

Zuraida baru-baru ini dikatakan akan mewujudkan satu parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang memperjuangkan nasib semua kaum tanpa tertumpu kepada satu kaum sahaja. – PPI

kredit foto: Forbes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: