Berita | Parti pelbagai kaum prospek terbaik ditawar parti baharu – Ilham Centre

KUALA LUMPUR, 3 NOV : Parti pelbagai kaum adalah prospek terbaik yang ditawarkan parti baharu kerana kemajmukan merupakan situasi sebenar di Malaysia.

Begitu komen Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkenaan kewujudan khabar angin tentang kemunculan Parti Bangsa Malaysia yang bersifat multietnik.

“Parti baharu berbilang etnik ini berpotensi mendapat perhatian untuk rakyat Malaysia menyokong mereka.”

Katanya lagi, cabaran bagi parti-parti baharu tentulah untuk mendapat sokongan.

Namun, katanya, parti baharu mempunyai peluang menarik minat generasi muda namun perlu lebih agresif.

“Parti-parti baharu ini memerlukan perjuangan yang mampu menarik minat. Apakah sebenarnya niche yang ditawarkan itu berbeza dengan tawaran parti lama dan membuat ‘move’ (gerakan) politik yang lebih agresif.

“Senario parti baharu ini bukan perkara asing, UK pun sudah bergerak ke arah itu.

“Perkara itu berlaku apabila ahli politik tepu untuk menggerakkan usaha mereka dalam parti lama mereka,” jelas Hisomuddin.

Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dikhabarkan akan mewujudkan satu parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang bersifat multietnik, mengangkat suara anak semua bangsa. – PPI

kredit foto: BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: