Rencana | Zuraida buat kerja gila

Zuraida buat kerja gila. Ketika kerajaan didominasi parti primordial berasaskan kaum dan agama, angin bertiup kuat sampaikan berita dia akan buat parti baharu. Multietnik!

Dalam kancah politik, tempat lelaki bermain kuasa, seorang perempuan menggalas tugas berani mati menubuhkan parti baharu bagi mengukuhkan kerjasama anak bangsa Malaysia.

Lebih gila, langkah ini dilakukan ketika dia memegang jawatan sebagai Menteri. Jadi di mana logik mengatakan Zuraida tubuhkan parti baharu kerana inginkan kuasa, sedangkan dia sudah di tampuk kuasa.

Jika desas desus ini benar, Roi cuba selami hati seorang Zuraida. Kenapa dia buat ‘move’ tidak semena-mena ini? Apa dia mahu?

Kali pertama Zuraida bertanding pada 2008, mewakili PKR mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid. Ya! Kali pertama bertanding, Zuraida sudah melawan komponen parti berasaskan kaum.

Selain menjadi Ahli Parlimen Ampang dua penggal berturut-turut, dia pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.

Menggerakkan wanita turut dilakukan di peringkat antarabangsa. Zuraida telah diberi penghormatan untuk menghadiri dan berucap di Women Political Leaders Summit (WPL) di Iceland. Aktiviti organisasi ini lebih fokus kepada untuk menunjukkan impak wanita dalam kepimpinan politik secara global.

Masyarakat tempang jika pembangunan wanita tertumpu kepada satu kaum sahaja. Ingat orang Melayu saja yang ada wanita? Apatah lagi Selangor merupakan negeri tumpuan masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama.

Pastinya pengalaman berkhidmat membentuk pandangan politik yang lebih jitu, melampaui kepentingan kuasa beralaskan agama dan bangsa. – PPI

Oleh Ahmad Roi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: