Berita | Gambar Facebook ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ ahli Parlimen DAP dikecam ramai

Tindakan wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching memuat naik gambar Facebook dengan memaparkan perkataan “Lahabau Melaka, Jom Undi” mengundang padah dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) lahabau merupakan kata makian yang bermaksud tidak berguna atau tidak boleh diharap.

Difahamkan, posting gambar profil Ahli Parlimen Kulai itu dimuat naik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, secara tidak sengaja tanpa memahami maksud disebalik perkataan tersebut.

Bagaimanapun, gambar itu dipadamkan sebelum beliau memuat naik permohonan maaf di akaun Facebook sambil menjelaskan ia adalah kesilapan bahasa.

“Saya cuma ingin berkempen melalui ‘frame’ percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.

“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa,” katanya dan menambah permohonan maaf itu ditujukan kepada semua terutama rakyat dan pengundi Melaka.

Walaupun beliau sudah memadam gambar tersebut, ia tersebar dalam kalangan pengguna media sosial menjadikannya viral.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sidang media penamaan calon pagi tadi mengumumkan bahawa calon dan parti politik tidak dibenarkan menjalankan aktiviti berkempen secara bersemuka termasuk ceramah dan menziarahi rumah pengundi.

Sebaliknya, mereka digalakkan berkempen menggunakan media sosial atau melalui kenderaan yang dipasang alat pembesar suara. – MalaysiaNow

kredit foto: MyNewsHub

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: