Artikel | Perolehan Eksport Agrikomoditi Melonjak RM155 Bilion Suku Ketiga 2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memaklumkan perolehan eksport produk agrikomoditi bagi suku ketiga tahun 2021 melonjak sebanyak 49 peratus kepada RM155 bilion berbanding RM104 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

Faktor peningkatan ini adalah berikutan kenaikan harga harian minyak sawit mentah sehingga yang tertinggi dalam sejarah iaitu RM5,404 setiap tan dan pertambahan lebih 100 peratus eksport sarung tangan getah.

Sehingga September lalu, produk berasaskan sawit yang merupakan penyumbang terbesar sebanyak 48 peratus daripada jumlah eksport agrikomoditi, mencatatkan peningkatan kepada RM74 bilion.

Nilai yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya adalah RM52 bilion. Namun begitu, kuantiti eksport produk berasaskan sawit mencatatkan penurunan sebanyak 6 peratus.

Bagi produk getah yang menyumbang sebanyak 38 peratus kepada keseluruhan nilai eksport berkenaan, telah meningkat sebanyak 89 peratus kepada RM59 bilion berbanding RM31 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Berdasarkan prestasi yang direkodkan, KPPK yakin dapat mencatatkan pertumbuhan dan nilai yang lebih baik menjelang suku keempat 2021 berbanding tahun 2020. Kementerian juga yakin sasaran nilai eksport sebanyak RM180 bilion tahun ini mampu dicapai. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: