Artikel | 3 sebab kenapa pekebun kecil sawit perlu sertai ITE
Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITE) adalah salah satu usaha daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk membantu pekebun kecil dan persendirian tanaman sawit menambahkan lagi pendapatan.
Harga sawit di pasaran seringkali berubah-ubah, menyebabkan sumber pendapatan pekebun kecil kadang-kala terjejas. Jadi dengan integrasi ternakan lembu misalnya, aliran pendapatan pekebun kecil sawit yang pelbagai ini akan terjamin walaupun harga pasaran sawit tidak menentu.
Sebab kedua pekebun kecil sawit perlu sertai ITE adalah supaya kegunaan tanah kebun sawit sedia ada boleh mencapai tahap optimum. Tanaman pokok sawit selalunya ada ruang tanah kosong yang sebenarnya boleh digunakan untuk tanaman lain seperti tanaman soya dan nenas. Dengan cara ini, tanah kosong yang ada boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
Skop bantuan berbentuk penyediaan induk ternakan jantan dan betina oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan latihan berkaitan pelaksanaan projek integrasi ternakan juga adalah antara sebab yang ke-3 kenapa perlunya pekebun kecil sawit menyertai Skim ITE.
Bagi pekebun kecil yang risau dan tak mempunyai pengalaman untuk mengintegrasikan tanaman sawit dengan ternakan , khidmat nasihat dan penyeliaan projek juga akan dijalankan oleh pihak MPOB untuk memastikan pekebun kecil betul-betul mendapat manfaat Skim ITE.
Pekebun kecil dan pekebun persendirian sawit negara perlu ambil peluang untuk menyertai Skim ITE supaya tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada harga pasaran sawit. Sumber pendapatan yang pelbagai secara tak langsung dapat diwujudkan bagi menampung kos keperluan harian pekebun kecil sawit negara. – PPI
kredit foto: Gambar Hiasan