Berita | Mekanik maut dihempap kereta

BAYAN LEPAS: Mekanik meninggal dunia selepas dihempap kereta dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, di sini, malam tadi.

Mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada jam 1.05 pagi,” katanya. – BH Online

oleh Zuhainy Zulkiffli

kredit foto: Xtra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: