Berita | 25 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen semalam, kemungkinan besar varian Delta

KUALA LUMPUR: Sejumlah 84 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen sejak 22 Oktober hingga 29 November lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 25 kes dikesan melalui saringan berkala pada 29 November 2021.

“Kes-kes yang dikenal pasti ini mempunyai kadar kebolehjangkitan dengan nilai CT value atau nilai ambang RT PCR antara 13.70 hingga 36.11

“Setakat ini, semua sampel berkemungkinan besar adalah varian Delta yang dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan jujukan genom (genomic study) dan masih menunggu keputusan penuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada 84 kes tersebut, 18 kes dikenal pasti hasil saringan Pra-Persidangan Dewan Rakyat pada 22 hingga 25 Oktober 2021.

Katanya, tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan dan kesemua kes telah diasingkan.
Hasil siasatan mendapati kes-kes tersebut tiada kaitan epidemiologi dan tiada kluster dilaporkan.
“41 kes dilaporkan di antara 27 Oktober sehingga 28 November 2021.

“Kes-kes tersebut telah diasingkan dengan segera dan tiada kluster dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang melakukan siasatan dan pengesanan kontak rapat serta penilaian risiko bagi mengenal pasti punca jangkitan.

“Ini bagi memastikan tindakan lanjut dapat dilakukan segera selain aktiviti disinfeksi di kawasan-kawasan sekitar Parlimen.

“KKM akan memaklumkan situasi jangkitan COVID-19 di Parlimen dari semasa ke semasa.
“Status kesihatan semua kes positif COVID-19 dan kontak rapat serta kes baharu yang mungkin akan dilaporkan dalam tempoh inkubasi akan dipantau,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihati individu yang hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Malah, individu yang bergejala diminta untuk tidak hadir ke Parlimen selain dinasihati menjalani ujian saringan COVID-19 dan segera dapatkan rawatan. -Awani

oleh: Harits Asyraf Hasnan

kredit foto: MYKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: