Berita | Forum COMWEL tampilkan kepimpinan wanita progresif- Zuraida

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Forum Islam dan Kepimpinan Wanita 2021 anjuran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) telah mengetengahkan perbincangan konsep kepimpinan wanita dalam konteks pandangan Islam yang lebih progresif dan dinamik, ujar YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang merupakan pengasas dan Presiden COMWEL.

Peserta yang hadir secara fizikal memenuhi dewan dan peserta secara maya mengikuti secara langsung di FB. – Foto PPI

“Forum ini merupakan usaha bagi menangkis pandangan negatif terhadap keberadaan wanita dalam hierarki sosial dengan hujah sejarah, hadis dan Al-quran oleh panelis yang hadir. Wanita mempunyai potensi besar dalam kepimpinan. Ini telah dibuktikan dalam sejarah Islam dan kini banyak negara maju telah mengangkat wanita sebagai pemimpin” ujar Ahli Parlimen Ampang ini dalam sidang media selepas forum berlangsung.

Datuk Zuraida Kamaruddin menyapa Siti Kassim yang turut hadir sebagai peserta Forum. – Foto PPI

Tambah beliau lagi, “Islam tidak menghalang wanita untuk maju ke depan untuk bersama-sama berganding bahu dengan orang lelaki untuk membangunkan negara dalam keadaan yang adil.”

COMWEL telah berjaya menganjurkan Forum Islam dan Kepimpinan Wanita pada 29 November 2021 di Hotel Berjaya dengan kehadiran peserta seramai 500 orang secara fizikal dan lebih daripada 3000 peserta secara dalam talian yang terdiri daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina dan India menunjukkan isu kepimpinan wanita merupakan cakna semua kaum di Malaysia.

Antara peserta yang menyertai Forum Islam dan Kepimpinan Wanita pada di Berjaya Times Square Hotel, 29 November yang lalu. – foto PPI

Forum yang bersifat sosial intelektual ini menampilkan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri KPPK, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri KPWKM, YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Prof. Madya Dr Nik Salida Suhaila, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (USIM), serta menampilkan pengacara TV terkenal, Amin Idris sebagai moderator. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: