Berita | JPJ siasat dakwaan pegawai jual ‘lesen terbang’

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ada pegawainya terbabit kegiatan menjual ‘lesen terbang’.

Dalam satu kenyataan hari ini, JPJ memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang pempengaruh atau ‘influencer’ media sosial menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.null

“Individu itu mendakwa terdapat pegawai JPJ yang terbabit secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu.

“JPJ mengambil serius akan kenyataan itu dan siasatan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak SPRM. JPJ akan memanggil ‘influencer’ terbabit untuk mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan jabatan,” kata jabatan berkenaan.

Katanya, JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku membabitkan warga kerjanya jika benar seperti yang didakwa.

“Sehingga kini, beberapa siri siasatan SPRM sudah dijalankan seperti yang dilaporkan oleh media, contohnya pada 2018,” katanya.

Terdahulu, individu terbabit dalam hantaran video di Facebook yang bertajuk ‘Lesen Gerenti Lulus’, malam tadi mendakwa wujud tawaran menerusi media sosial mendapatkan ‘lesen terbang’ atau lesen memandu tanpa perlu mengikut prosedur sah.

Menerusi video berdurasi dua minit enam saat itu, individu berkenaan mendakwa kegiatan itu didalangi sindiket dianggotai pelbagai pihak termasuk pegawai JPJ sendiri.

Dakwanya lagi, kegiatan sedemikian sudah beberapa kali didedahkan media sejak 2014, namun masih berleluasa dan sindiket didakwa semakin berani dengan mengiklankannya di media sosial. – BH Online

oleh Nor Azizah Mokhtar

kredit foto: Toodia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: