Berita | KPPK manfaatkan Revolusi Industri 4.0 rancakkan industri sawit negara

JAKARTA, 6 NOV: KPPK menerusi agensi dibawahnya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berhasrat untuk mengembangkan lagi potensi industri minyak sawit mampan Malaysia dengan memanfaatkan teknologi sawit sedia ada.

Satu kerjasama dua hala antara MPOB dengan IPB Universiti bagi meningkatkan imej baik industri sawit mampan Malaysia-Indonesia melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Melalui satu hantaran di laman Facebook Zuraida Kamaruddin semalam, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha pendedahan kepada negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) tentang kemampuan Malaysia dan Indonesia menghasilkan sawit yang mampan.

“Fokus utama saya adalah memberikan kesedaran kepada Kesatuan Eropah dan Amerika terhadap daya Malaysia dan Indonesia menghasilkan industri sawit yang mampan.”

Kerjasama ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran produk hiliran yang dihasilkan antara dua negara.

“Pelbagai produk hiliran yang telah dihasilkan oleh IPB Universiti berupaya dikembangkan di Malaysia melalui program agrikomoditi.” – PPI

oleh Megat Hakim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: