Berita | Anwar bidas mesyuarat bincang kenaikan harga barang hanya bermula 9 Disember

KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga barangan keperluan menghangatkan sesi pagi sidang Dewan Rakyat hari ini selepas ia dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut membidas kerajaan, selepas Dewan Rakyat diberitahu bahawa mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup akan mula bermesyuarat pada 9 Dis ini.

Tegasnya, keadaan sudah meruncing dan krisis kian serius, namun beliau kesal kerana mesyuarat tersebut diadakan agak lewat.

“Itu menampakkan satu kecuaian dan salah keutamaan oleh kerajaan. Kerana, walaupun disebut pelbagai langkah diambil, termasuk import 200 kontena ayam – walaupun kita nak tahu siapa dapat permit import ini – kenyataannya ialah, dengan semua langkah diambil itu, langsung tidak berkesan.

“Jawatankuasa Kabinet belum bersidang.

“Majlis Tindakan Sara Hidup baru akan bersidang. Jadi rakyat ketika ini, hendak ‘mentekedarah‘ apa dalam keadaan tertekan begini,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menjawab soalan lisan yang dibangkitkannya.

Harga Barang | Keadaan meruncing tapi mesyuarat lewat diadakan

Terdahulu, Mustapa berkata, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup pada 9 Dis.

“Ia bagi membincangkan langkah-langkah yang menyeluruh untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

“Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan.

“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan pergantungan kepada import, kos kepada input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, pengangkutan dan logistik, teknologi pertanian dan R&D,” katanya.

Pemakluman itu membuatkan beberapa Ahli Parlimen termasuk Anwar menyuarakan rasa tidak puas hati dan menggesa kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengawal kenaikan harga barang. – AWANI

oleh Ridauddin Daud

kredit foto: Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: