Berita | Keputusan rayuan Najib esok tetap diteruskan – Hakim

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan tetap akan meneruskan prosiding keputusan rayuan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti dijadualkan esok.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, turut mengarahkan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuannya didengar pada jam 12.30 tengah hari ini secara dalam talian.

Turut bersidang, Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Najib tidak hadir pada prosiding pagi ini dan peguam Harvinder Singh Sidhu memohon prosiding ditangguhkan kerana ada peguam pasukan pembelaan menjadi kontak rapat atau kontak kasual dan seorang daripadanya disahkan positif COVID-19.

“Saya mahu kamu maklumkan kepada pihak peguam yang mereka boleh bekerja dari rumah. Esok tetap esok, kami belum buat keputusan untuk tangguh! Kita dengar permohonan (memasukkan bukti baharu) ini hari ini.

“Ia (esok) hanya untuk keputusan, semua hujahan sudah tamat enam bulan lalu.

“Ini adalah arahan saya, kes hari ini akan didengar pada jam 12.30 tengah hari, jika gagal (hadir secara dalam talian), saya akan putuskan sewajarnya tengah hari ini.

Terdahulu, Abdul Karim berkata, mahkamah mempunyai dua pilihan sama ada untuk membatalkan wang ikat jamin dan mengeluarkan waran tangkap ke atas Najib untuk dibawa ke mahkamah serta-merta.

Beliau berkata, mahkamah juga boleh mengarahkan pendengaran hari ini dijalankan secara aplikasi Zoom tanpa mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak.

“Kita ada pengalaman prosiding dijalankan melalui online walaupun pihak-pihak berada United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, ini kan pula di Malaysia,” katanya. – BH Online

oleh: Ahmad Johari Mohd Ali

kredit foto: MalaysiaNow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: