Berita | Pakej Penjagaan Covid-19 mula dihantar kepada keluarga B40

SHAH ALAM – Kerajaan akan mula menghantar Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Keluarga Malaysia kepada semua keluarga B40 di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pakej berkenaan mengandungi pulse oximeter, termometer untuk memeriksa suhu, risalah berkenaan pek yang diberikan mengandungi beberapa tips makanan dan aktiviti fizikal.

Pakej ini juga mengandungi empat kit ujian kendiri untuk kita membuat ujian Covid-19, bateri untuk pulse oximeter dan empat pelitup muka yang boleh diguna semula,” katanya menerusi sebuah video yang disiarkan menerusi TikToknya pada Selasa.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian PPC kepada Keluarga Malaysia kategori B40.

Menurutnya, usaha tersebut antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, dengan pakej berkenaan, individu yang mempunyai apa-apa gejala boleh menggunakannya.

“Kalau kita ada apa-apa gejala, kita boleh buat ujian, boleh guna pelitup muka apabila kita keluar dari rumah dan kalau kita merasa tidak sihat, kita boleh periksa suhu kita atau kita boleh semak ‘blood oxygen’ kita untuk pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik,” katanya. – Sinar Harian

oleh Mohamad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: