Berita |’AGC arah polis buat siasatan lanjut terhadap suami Zeti’

Pejabat Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan polis untuk membuat siasatan lanjut terhadap Tawfiq Ayman, suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said, setelah polis menghantar kertas siasatan kepada AGC pada 21 Oktober lalu.

“Siasatan telah dibuat oleh polis dan kertas siasatan telah dirujuk kepada AGC pada 21 Oktober 2021.

“AGC telah mengarahkan polis untuk menjalankan beberapa tindakan dan siasatan lanjut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian dalam penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri Belanjawan 2022 hari ini, sebagai jawapan kepada Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertanya tentang perkara itu.

Pada Mac lalu, polis berkata pihaknya akan menyiasat Tawfiq atas dakwaan menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB, menerusi akaun sebuah bank di Singapura di bawah namanya.

Polis berkata Tawfiq disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaKini

oleh: Geraldine Tong

kredit foto: FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: