Berita | i-Sinar, i-Citra kata kunci paling banyak dicari rakyat Malaysia tahun ini – Google Malaysia

KUALA LUMPUR: Meskipun ramai yang mempertikaikan langkah kerajaan melaksanakan pelbagai pakej bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, namun maklumat mengenai kesemua inisiatif tersebut tetap menjadi perhatian ramai pihak.

Buktinya jelas apabila i-Sinar dan i-Citra tersenarai sebagai kata kunci paling banyak dicari pengguna di enjin carian Google Malaysia pada tahun ini.

Menurut Pengurus Komunikasi Produk Pengguna Google Malaysia, Nadia Khan, senarai carian itu menunjukkan rakyat Malaysia semakin bijak menyesuaikan diri serta berdaya tahan dengan perubahan semasa.

Ditanya mengenai kenapa rakyat Malaysia lebih cenderung mencari maklumat mengenai bantuan sokongan kewangan, kata Nadia masih ramai rakyat yang terkesan dan bergantung hidup dengan bantuan ini untuk meneruskan hidup.

“Salah satu sebab yang boleh difikirkan kenapa bantuan sokongan kewangan menjadi ‘trending’ tahun ini adalah ramai rakyat Malaysia yang bergantung dengan bantuan ini untuk teruskan hidup.

“Ia boleh dilihat menerusi pemanjangan tempoh moratorium sebelum ini, di mana ramai rakyat yang masih mencari maklumat berkenaan perkara itu untuk mengetahui perkembangan terkini seperti ‘bagaimana saya boleh mengeluarkan wang’, ‘sampai bila tempoh bantuan sokongan ini berakhir’, dan sebagainya.

“Ia menunjukkan rakyat Malaysia bukan sahaja memberi perhatian kepada soal kesihatan malah dari segi kewangan,” ujar Nadia.

Bertitik tolak daripada situasi pandemik yang melanda negara bermula dengan PKP 1.0 pada 18 Mac hingga 3 Mei tahun lalu, dan PKP 2.0 pada 13 hingga 26 Januari tahun ini, pastinya sektor pendidikan juga perlu bergerak seiring dengan teknologi supaya pelajar serta murid tidak ketinggalan.

Jadi tidak hairanlah apabila Google Meet dan Google Classroom turut berada dalam senarai Year in Search bagi tahun yang sama.

“Pembelajaran dalam talian merupakan perkara penting untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik biarpun kekal berada di rumah.

“Apa yang kami dapati adalah para guru dan ibu bapa sentiasa mencari kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan dan menarik agar anak-anak dapat merasai pembelajaran yang hampir sama seperti berada di dalam bilik darjah.

“Jadi saya rasa pembelajaran atas talian merupakan keutamaan dalam kalangan rakyat Malaysia dan mereka mengambil langkah yang betul untuk memastikan anak-anak mereka belajar di rumah.

Dalam masa sama, Google turut menawarkan cerapan topik-topik yang menarik perhatian seluruh rakyat malaysia bagi tahun 2021,” tambah Nadia.

Berikut antara kata kunci yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia di enjin pencarian Google Malaysia tahun ini. – Awani

oleh: Afiq Ariffin

kredit foto: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: