Berita | KPPK perkukuh komitmen lindungi hutan negara
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan meneruskan usaha bagi memastikan kawasan hutan negara kekal terpelihara.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook KPPK, menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin mengulangi ikrar KPPK untuk melindungi hutan negara.
“KPPK tetap dengan komitmen yang dilaksanakan pada Persidangan Kemuncak Bumi pada 1992 untuk memastiakn 50% tanah di negara akan kekal sebagai tanah hutan”.
Pada majlis pelancaran E-Platform Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) semalam, Datuk Zuraida Kamaruddin memberi jaminan KPPK akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi mewujudkan sistem pengurusan hutan yang mampan.
“Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan tetap komited untuk pengurusan hutan lestari”, katanya dalam satu kenyataan semalam. – PPI