Berita | MPM tumpu pencarian bakat baharuMPM tumpu pencarian bakat baharu

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa, bagi menggalakkan mereka untuk lebih cemerlang lagi.

Selepas memenangi tiga emas, lima perak dan lima gangsa di Sukan Belia Para Asia (AYPG) 2021 di Bahrain, Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata dengan peningkatan kejayaan di peringkat antarabangsa, ‘gerakan’ atlet paralimpik di negara ini kini akan berkembang pesat lagi.

“Saya gembira kerana terutamanya Majlis Sukan Negara, telah memberikan peruntukan untuk kontinjen sukan itu, dan mereka kini mempunyai bakat baharu untuk dibangunkan sebagai atlet Paralimpik akan datang.

“Kita perlu mengenal pasti bakat baharu dengan pendedahan awal, bukan sahaja dalam negara tetapi juga di sukan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Megat D Shahriman berkata MPM sering berhubung dengan pihak berkuasa negeri di seluruh negara bagi mengenal pasti bakat baharu menerusi program pencarian bakat sehingga ke peringkat daerah.

Pada AYPG dari 2-6 Dis di Manama, perenang Zy Lee Kher memenangi tiga pingat iaitu, emas dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki, perak dalam 200m kuak kupu kupu dan gangsa dalam 200m rampaian individu.

“Beliau baru 15 tahun dan kini melihat kepada penyertaan di Sukan Paralimpik Paris 2024. Perenang ini dilahirkan tanpa dua kaki dan satu tangan yang pendek, amat bersemangat dan memecahkan catatan terbaiknya dalam setiap acara yang beliau sertai,” katanya.

Dua lagi pingat emas disumbangkan Ong Jia Xuan dalam ada 100m kuak dada dan Gloria Gracia Wong Sze dalam acara pingpong perseorangan wanita.

Sejumlah 13 atlet Malaysia berusia antara 12 ke 21 tahun mengambil bahagian dalam enam jenis sukan iaitu renang, olahraga, pingpong, powerlifting dan boccia.

Malaysia telah menyertai AYPG sejak tahun 2009 dan telah memenangi 102 pingat keseluruhan – 32 emas, 35 perak dan 35 gangsa. Pada edisi 2017 di Dubai, Malaysia yang menghantar 12 atlet untuk menyertai lima jenis sukan, membawa pulang lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa. – Betnama

kredit foto: NST

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: