Artikel | PRN Sarawak kurang panas

KETIADAAN Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menyebabkan kehangatan politik tidak dirasai di negeri bumi kenyalang itu.

Perlawanan kali ini menyaksikan hanya dua kuasa besar bertanding iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu berbeza seperti berlaku pada PRN Melaka yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH.

Walaupun Parti Sarawak Bersatu (PSB) bertanding 70 kerusi, namun parti tersebut tidak mampu memeriahkan suasana pilihan raya.

PRN Sarawak dilihat lebih suram dengan larangan dan prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang ketat, ditambah pula dengan masalah capaian internet.

Walaupun PRN Melaka memang kurang hangat disebabkan SOP kempen, namun capaian internet yang baik dapat membantu parti-parti politik berkempen secara maya.

Diharap kelonggaran yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan penganjuran ceramah secara fizikal di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencapai jaringan internet akan dapat memeriahkan semula PRN Sarawak.

Walaupun setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam di lokasi tertutup tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada parti dan calon-calon berkempen serta berceramah politik seperti biasa.

Secara keseluruhan, PRN Sarawak dilihat banyak memberi kelebihan kepada GPS yang hanya perlu fokus kepada program yang telah disusun kerajaan negeri sebelum ini, selain mendapat bantuan daripada kerajaan pusat.

Kejayaan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meyakinkan BN dan PN untuk tidak bertanding serta menyokong GPS juga dilihat antara faktor besar memudahkan parti itu untuk terus diberi mandat memerintah Sarawak.

Walaupun GPS dilihat mempunyai banyak kelebihan tetapi dalam dunia politik apa sahaja boleh berlaku.

Semuanya bergantung kepada undi rakyat Sarawak pada 18 Disember nanti. – Sinar Harian

kredit foto: SarawakVoice

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: