Berita | Import ayam beku cuma sementara, nak stabil harga runcit – Menteri

Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah Malaysia Excellence Business (MEBA 2021) di Putrajaya, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.

Nanta berkata kerajaan telah berusaha untuk mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.

Dalam perkembangan lain, Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata tindakan calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Datuk Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 membuktikan keakraban Bersatu dan GPS sebagai sahabat baik.

Nanta menzahirkan bahawa GPS mampu menang pada PRN kali ini terutama di kawasan pedalaman kerana manifesto yang ditawarkan menekankan inisiatif relevan.

Antaranya memperhebatkan pembangunan, memberi bantuan kepada golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 dan juga rancangan jangka panjang kerajaan negeri Sarawak yang memberi fokus kepada pembangunan e-dagang. – Bernama

kredit foto: SehinggitBlogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: