Berita | KBS komited bantu atlet harungi jadual padat 2022

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam membantu barisan atlet negara melakukan persiapan sewajarnya untuk beraksi pada 2022, tahun yang padat dengan pelbagai kejohanan penting.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata meskipun temasya sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma), Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan berlangsung dalam jurang waktu yang singkat namun, prestasi atlet dilihat dijangka kekal berada pada tahap yang sama.

“Cabaran cukup besar, namun ia sama juga dengan negara-negara lain yang terlibat, terutama sekali dari Asia Tenggara. Semua negara-negara ini juga akan terlibat dalam Sukan SEA, Sukan Asia dan tentunya sebilangan yang akan terlibat dalam Sukan Komanwel.

“Jadi persaingan dari segi itu agak sama, tapi kita cuba mempersiapkan atlet-atlet kita sebaik mungkin melalui Program Podium yang kita teruskan mengikut kemampuan yang kita ada,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di reruai KBS sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Atlet negara dijangka mengharungi kalendar kejohanan yang mencabar pada tahun depan, dijangka bermula dengan Sukma di ibu negara, diikuti Sukan SEA Hanoi bermula dari 12 hingga 23 Mei, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10 hingga 25 Sept).

Sementara itu, beliau turut menjemput orang ramai untuk hadir ke reruai KBS itu, untuk memberi pandangan serta input dalam memperkasakan kualiti sukan negara termasuk pembangunan belia yang dilihat semakin penting pada masa kini.

Penerjun negara Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru para), Muhammad Rafiq Ismail, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (tenpin boling) dan S Suresh (memanah para) merupakan antara atlet yang hadir ke sesi temu mesra itu.

Dalam pada itu, Pandelela berkata sebagai atlet, beliau akan terus berlatih dengan harapan mampu mempamerkan prestasi yang terbaik dalam semua pertandingan yang disertai.

“Sekarang ini pun banyak cabaran (berikutan pandemik COVID-19) dan tahun depan pun kita tidak tahu apa perancangan, jadi apa yang kami boleh lakukan ialah berlatih dan berikan yang terbaik seperti selalu,” katanya. – Bernama

kredit foto: MalakatTribune

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: