Berita | ‘KPI’ KPPK di festival 100 hari AKM legakan ramai pekebun kecil

PUTRAJAYA,10 DIS: Festival 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bukan sahaja mendekatkan kerajaan dengan rakyat, malahan menjadi ruang untuk setiap kementerian menunjukkan prestasi utama (KPI) yang jelas dan bermanfaat selari dengan keperluan bagi menangani isu semasa.

Tidak terkecuali Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang merupakan sebuah kementerian tonggak untuk bangun jana semula ekonomi dan industri Malaysia di peringkat domestik, rantau dan juga antarabangsa.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, tiga aspirasi telah digariskan KPPK iaitu meningkatkan nilai eksport sektor agrikomoditi kepada RM180 bilion, memuktamadkan SOP pengambilan pekerja asing bagi sektor perladangan sawit dan menyelaras dasar agihan input bantuan.

“Ketiga-tiga aspirasi dengan pencapaian 100 peratus KPI telah berjaya dicapai. KPPK sasar wujudkan lebih ramai pekebun kecil pintar dan penggunaan teknologi demi meningkatkan pendapatan mereka”, ujar beliau. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: