Berita | Polis siasat kes buli, tumbuk perut pelajar

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sudah mengambil maklum perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.null

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob untuk menyiasat bila kejadian buli ini berlaku kerana kadang-kadang kejadian (berlaku) lama, tetapi ditularkan semula.

“Video itu memang nampak kejadian buli dengan menumbuk perut mangsa, jadi polis akan menjalankan siasatan,” katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kampar yang baharu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular satu klip video di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar mengepung dan menumbuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.null

Mior Faridalathrash berkata, berdasarkan ruangan komen warganet kejadian itu dikatakan berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kangsar.

“Tetapi, kita belum dapat memastikan sama ada betul atau tidak kejadian itu berlaku di Kuala Kangsar atau di tempat lain.

“Pihak polis sentiasa menghantar pegawai perhubungan sekolah (PBS) untuk melakukan pemantauan di sekolah,” katanya. – BH Online

oleh: Balqis Jazimah Zahari

kredit foto: FB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: