Berita | Kumpulan baharu Malaysian Standards diluluskan MITI

SHAH ALAM – Sebuah kumpulan baharu Malaysian Standards (MS) yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) telah diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Ketua Pengarah Standards Malaysia, Shaharul Sadri Alwi berkata, kelulusan semasa terdiri daripada 1 MS baharu iaitu MS 2705:2021 membabitkan panel berasaskan kayu serta had pelepasan formaldehid.

“MS ini ialah piawaian asli yang menyatakan had pelepasan formaldehid daripada panel berasaskan kayu termasuk papan gentian, papan partikel, papan lapis dan produk panel berasaskan kayu lain yang berkaitan.

“Ia juga akan dirujuk dalam peraturan teknikal yang dicadangkan mengenai had pelepasan formaldehid untuk panel berasaskan kayu di bawah peruntukan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) (Akta 105),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Shaharul Sadri berkata, kelulusan juga terdiri daripada dua semakan dan lapan pengeluaran MS.

Menurutnya, ia akan menyumbang kepada terkumpul 4892 MS yang dihasilkan oleh Standards Malaysia setakat ini di bawah pelbagai sektor.

“MS telah menjalani perbincangan yang teliti, prosedur ketat serta penglibatan awam untuk memastikan bahawa mereka memenuhi keperluan pihak berkepentingan, pengawal selia dan pengguna lain dengan tujuan untuk menegakkan keselamatan, kualiti, perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan umum.

“Selaras dengan Akta Standard Malaysia (Akta 549), selain daripada menghasilkan MS baharu untuk memenuhi keperluan pasaran, Standards Malaysia sebagai Badan Standard Kebangsaan.

“Ia juga bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan MS seperti meminda, menyemak atau menarik balik MS sebagai diluluskan oleh Menteri dan kemudian diisytiharkan sewajarnya di laman webnya,” ujar beliau. – Sinar Harian

oleh: Mukhriz Mat Husin

kredit foto: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: