Berita | MPOB melangkah jauh teroka teknologi bahan api biojet dipersada antarabangsa

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Malaysia meneroka peluang baru dalam teknologi bahan api biojet yang lebih mampan dan mesra alam sekitar.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pengerang Maritime Industries Sdn Bhd, Shanxi Construction Investment Group Co. Ltd dan Institut Arang Batu Kimia, Akademi Sains China, pagi tadi.

“MoU ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran teknikal proses pengeluaran biodiesel generasi kedua dan bahan api biojet yang terletak di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, Johor,” menurut Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan di laman sosial beliau.

Zuraida yang optimis dengan kerjasama ini juga berkata, Malaysia mampu untuk menghasilkan sendiri dan memasarkan produk bahan api biojet yang mempunyai nilai komersial tinggi menjelang lima tahun akan datang.

“Insha Allah, dengan kepakaran penyelidik MPOB yang bekerjasama dengan pasukan Institut Arang Batu Kimia di China, Malaysia akan berupaya menghasil dan mengkomersialkan bahan api biojet daripada minyak sayuran terhidrogenasi (HVO) dalam masa empat hingga lima tahun lagi,” tambah beliau dalam tidak langsung antara menteri yang mencapai KPI terbaik dalam 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama yang melibatkan agensi dan pemain industri di peringkat antarabangsa ini akan menjana pendapatan tambahan kepada negara dengan peningkatan pelaburan langsung sebanyak RM3 billion dan mewujudkan 800 peluang pekerjaan di Malaysia. – PPI

Oleh Megat Hakim

kredit foto: FB Zuraida Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: