Artikel | Cara MPIC pastikan pekebun sawit kekal untung

Industri sawit negara terus rancak walaupun tekanan demi tekanan datang daripada negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Permintaan yang tinggi terhadap industri sawit walaupun dunia dilanda Covid-19 menjadikan harga sawit mentah (CPO) terus meningkat ke paras tertinggi yang pernah dicatatkan.

Situasi ini menguntungkan pemain-pemain industri sawit negara yang tergolonga dari pemain industri utama dan pekebun-pekebun kecil persendirian.

Walaubagaimanapun, pekebun kecil dan pekebun persendirian sedar hakikat bahawa kenaikan harga minyak sawit tidak akan kekal lama dan pastinya satu hari nanti harga akan jatuh semula.

Melihat kepada apa yang akan berlaku, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah membuat persiapan awal menghadapi isu harga pasaran minyak sawit mentah.

Bersempena dengan kempen 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin selaku menteri MPIC telah memberi fokus kepada program insentif dan bantuan bersasar sebagai salah satu daripada tiga indikator pencapaian MPIC sepanjang 100 hari beliau berkhidmat.

Bantuan bersasar yang ditawarkan oleh MPIC terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

1- Bantuan terhad kepada pekebun kecil persendirian yang mempunyai tanah lebih 10 hektar.

2- 30,000 pekebun kecil persendirian yang mempunyai tanah antara 5-10 hektar dan tergolong dalam keluarga B40.

3- Pekebun kecil yang memilik tanah kurang daripada 5 hektar dierikan bantuan khusus seperti geran dan pinjaman yang tidak dikenakan sebarang faedah sebagai satu motivasi untuk memastikan golongan ini terus bermotivasi untuk terlibat dalam sektor sawit negara.

Kekangan kewangan kerajaan akibat wabak Covid-19 menjadi asbab kepada Datuk Zuraida Kamaruddin sendiri melihat adanya keperluan untuk memastikan dana yang tersedia diagihkan secara sistematik, tiada ketirisan dan benar-benar sampai kepada golongan pekebun kecil yang memerlukan.

Sektor agrikomoditi negara seperti sawit masih mendapat tempat di hati rakyat tempatan. Golongan ini bergantung harap kepada prestasi harga minyak sawit di pasaran dunia demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Oleh itu, dasar bantuan bersasar yang dilaksanakan oleh MPIC bersifat lebih adil dan mampu menjadi pendokong kepada golongan pekebun kecil bagi memastikan industri sawit negara terus utuh. – PPI

oleh: Megat Hakim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: