Berita | Mahkamah arah KDN luluskan pendaftaran Muda dalam tempoh 14 hari

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) didaftarkan sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari, serta membayar kos sebanyak RM10,000.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muda menerusi Twitter rasminya.

Sebelum ini Muda mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang menolak rayuan kumpulan itu untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Sementara itu, ketua parti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan ucapan terima kasih kepada badan kehakiman.

“Muda betul-betul berterima kasih kepada institusi kehakiman

“Keputusan hari ini bukan berpihak kepada kami sahaja tetapi kepada sistem demokrasi negara,” katanya.

Ini merupakan tindakan undang-undang kali ketiga yang diambil Muda untuk mencabar keputusan kerajaan berhubung permohonan pendaftarannya.

Pada 17 September tahun lalu Muda memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkannya sebagai parti politik, namun ditolak pada 6 Januari tahun ini.

Pada 4 Februari, Muda membuat rayuan kepada Hamzah susulan penolakan tersebut.

Bagaimanapun, pada 11 Ogos, Hamzah dalam sepucuk surat telah menolak rayuan bagi pendaftaran parti itu tanpa menyatakan sebarang sebab penolakan.

Pada 21 September, hakim Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Saddiq memfailkan semakan undang-undang berhubung penolakan Hamzah terhadap permohonan Muda. – MalaysiaKini

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: