LGM: 90 kakitangan terima anugerah perkasakan industri getah

KUALA LUMPUR, 14 DIS: 90 orang kakitangan Lembaga Getah Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 atas komitmen dan usaha khidmat mereka dalam agensi ini, hari ini.

“Mereka yang terlibat dalam industri getah, sama ada pekebun atau saintis telah memainkan peranan penting dalam sejarah pembangunan Malaysia”, ujar Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin.

“Tanpa industri getah, pembangunan di Malaysia pasti tidak serancak sekarang walaupun cabaran semasa berhadapan pandemik”, tambah beliau dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang LGM 2020.

Tambahnya lagi, dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan yang pesat, salah satu cabaran yang dihadapi sektor komoditi kita ialah bagaimana untuk meningkatkan daya saing sektor ini.

“Peningkatan produktiviti harus dijalankan secara berterusan melalui pengeluaran bahan tanaman berkualiti serta memanfaatkan teknologi yang boleh meningkatkan daya saing industri ini”. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: