Berita | 10 PATI maut, 29 hilang dalam tragedi bot karam di Tanjung Balau

KOTA TINGGI: Sebuah bot yang membawa 60 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Johor sekitar pukul 4.30 pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Al Hasra Mohamed berkata, bot yang karam dikesan berada 20 meter daripada kawasan pantai.

“Setakat ini, seramai 10 orang mangsa terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan telah dijumpai meninggal dunia di pesisiran pantai sementara 21 individu terdiri 19 lelaki dan dua perempuan dilaporkan selamat.

“(Manakala) 29 individu lagi masih belum dijumpai dan operasi mencari serta menyelamat sedang diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi pencarian dibantu Angkatan Tentera Malaysia dengan penglibatan seramai 40 anggota.

“Maritim Malaysia telah mengaktifkan OP CARILAMAT pada jam 8.50 pagi dan mengatur gerak sepasukan anggota bagi mengesan dan mencari baki mangsa.

“Pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM TEGAS dan bot PETIR 50 turut digerakkan bagi memperkasa operasi tersebut,” jelas beliau dalam kenyataan. – Awani

oleh: Muhammad Aiman Hakeem

kredit foto: Maritim Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: