Berita | Cuti peristiwa sempena Thaipusam di Kedah

Yan: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan perayaan Thaipusam yang disambut 18 Januari depan sebagai cuti peristiwa.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan dalam mesyuarat EXCO hari ini.

“Cuti peristiwa ini bukan diberikan secara automatik setiap tahun sebaliknya perlu dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat EXCO setiap kali tibanya satu-satu peristiwa.

“Hari ini kita putuskan dalam mesyuarat EXCO untuk meluluskan cuti peristiwa berkenaan dan harapnya keputusan ini akan beri kegembiraan kepada penganut yang menyambut Thaipusam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Tapak Projek Pembinaan Empangan Sabo Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di kawasan rekreasi Titi Hayun di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Isu cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam di Kedah hangat diperdebatkan pada awal tahun ini apabila kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu pada 28 Januari lalu.

Pada waktu itu Muhammad Sanusi menegaskan bahawa keputusan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah pun ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan kerajaan negeri untuk mengumumkan cuti peristiwa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak yang tertakluk dengan akta berkaitan.

“Mana-mana pihak yang terikat dengan Akta Cuti Peristiwa perlu patuh dengan keputusan ini,” katanya. – Harian Metro

oleh: Noorazura Abdul Rahman

kredit foto: FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: