Berita | Halaman rumah jadi kebun sayur

BIDOR: Kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran sekarang membuatkan masyarakat terutama suri rumah dan pesara memanfaatkan ruang kosong di halaman atau belakang rumah dengan pelbagai tanaman.

Amalan menanam sayur-sayuran itu memang tidak merugikan apabila ia dapat menjimatkan perbelanjaan dapur kerana tidak perlu membeli di pasar.

Malah, berbudi kepada tanah ini lebih baik kerana mendapat hasil sayur-sayuran yang segar, berkualiti dan penggunaan racun perosak dilakukan secara tidak terkawal.

Ini dibuktikan pesara guru, Norma Razali, 58, yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara fertigasi di perkarangan rumah demi kelangsungan hidup, beberapa tahun lalu.

Melangkah masuk ke perkarangan rumahnya kelihatan seolah-olah berada di dalam kebun sayur.

Norma berkata, usahanya kini berbaloi kerana di saat golongan isi rumah mengeluh dengan kenaikan harga sayuran di pasaran, beliau kurang terkesan dengan situasi berkenaan.

Menurutnya, sayur-sayuran itu selain keperluan sendiri, ada kalanya penduduk sekitar membeli sekali gus dapat menjana pendapatan tambahan.

“Antara sayuran yang saya tanam termasuk sawi, bayam, pak choy, saleri, kubis, tomato, kangkung dan cili serta pelbagai pokok lain.

“Sejak saya menanam sendiri sayur-sayuran sudah tidak perlu risau membeli di pasar lagi, sebaliknya hanya dipetik pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di Kampung Cegar, di sini.

Norma mempelajari kaedah tanaman fertigasi daripada suaminya, Azlan Abd Majid, 60, yang bekerja sebagai chef di sebuah kapal perairan antarabangsa.

Ketika suaminya belayar beliau mengambil alih menjaga tanaman itu.

Beliau berkata, teknik tanaman itu lebih mudah kerana semua kerja penyiraman dan pembajaan dilakukan secara automatik .

“Air di isi di dalam bekas takungan yang bersaiz besar dan dialirkan dengan menggunakan saluran air ke setiap tanaman, tanpa perlu menyiram,” katanya.

“Begitu ketika membaja hanya perlu dimasukkan ke dalam bekas air dengan sukatan yang betul sebelum disalurkan ke kawasan tanaman,” katanya.

Katanya, apa juga kaedah tanaman dilakukan individu, yang penting ia dapat dituai untuk keperluan sendiri sekali gus mengurangkan perbelanjaan dapur setiap bulan.

Sejak menanam sayuran bekalannya tidak pernah putus. – BH Online

oleh: Rosman Shamsudin

kredit foto: BeritaHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: