Berita | Terengganu berdepan episod gelombang banjir

KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi berkemungkinan berdepan dengan episod gelombang banjir berikutan risiko limpahan air laut dan hujan sehingga Khamis ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, berdasarkan ramalan cuaca semasa menunjukkan cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka menghampiri perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Rabu.

Katanya menerusi itu, sebahagian kawasan berdepan dengan risiko limpahan air laut dan hujan sekaligus boleh menyebabkan banjir dalam tempoh tersebut.

Menurutnya lagi, stesen cerapan Kemaman juga meramal paras air laut bakal mencecah 2.0 meter hingga 3.0 meter sehingga Khamis.

Tambah beliau, aras air laut di Kuala Terengganu pula dijangka mencapai 2.1 meter dan 2.3 meter dalam tempoh sama.

Justeru penduduk di pesisir pantai dan kawasan rendah di negeri ini dinasihat berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir sepanjang tempoh berkenaan.

Terdahulu, gelombang banjir pertama yang melanda Terengganu bermula 2 Disember lalu menyaksikan empat daerah di negeri ini terjejas.

Bencana itu menyebabkan seramai 224 mangsa daripada 75 keluarga di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – Awani

oleh: Nur Fazlizai Ali

kredit foto: SinarHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: