Berita | Wanita, pelajar Sarawak gemilang di persada dunia

PANDALELA Rinong bukanlah satu nama asing dalam arena sukan tanah air. Wanita Bidayuh berusia 28 tahun itu bukan sahaja mengharumkan Sarawak di peringkat nasional, malah di persada antarabangsa sejak beliau berusia 14 tahun lagi.

Dunia mengenali beliau di temasya Olimpik ketika berusia 15 tahun dan pada penyertaan kedua acara sukan terbesar dunia itu pada 2012, atlet terjun itu melakar sejarah menjadi wanita pertama meraih pingat untuk Malaysia dengan memenangi pingat gangsa di Olimpik London.

Empat tahun selepas itu, nama Pandelela semakin bersinar apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara terjun seirama 10 meter platform pada temasya Olimpik di Rio, Brazil.

Kejayaan demi kejayaan dicapai Pandelela dan beliau sekali lagi mewakili negara pada Olimpik Jepun 2020.

Pencapaian cemerlang beliau membanggakan Sarawak dan baru-baru ini beliau dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS), yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, pada 9 Oktober 2021.

Selain Pandelela, Sarawak juga berbangga dengan Alena Murang. Bagi penggemar irama muzik sape, pasti mengenali wanita berketurunan Kelabit itu, yang memukau dunia dengan petikan sape mendayu.

Alena menawan hati pencinta muzik seluruh dunia, sekali gus membanggakan negara dengan video muziknya Warrior Spirit, yang memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

Warrior Spirit membolehkan beliau memenangi penghargaan untuk kategori kostum terbaik di Anugerah Video Muzik Antarabangsa United Kingdom.

Ia juga menarik pilihan rasmi juri di Anugerah Filem Antarabangsa New York, selain terpilih ke peringkat separuh akhir untuk filem terbaik Anugerah Filem Los Angeles 2021.

Dalam bidang akademik, anak Sarawak turut menempa kecemerlangan dengan mencapai pelbagai kejayaan pada peringkat antarabangsa.

Terbaharu, dua anak Sarawak iaitu Armando Dian Among dan Chris Deng Vinsien, diterima melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

Armando berketurunan Sekapan, muncul antara pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang pada 2020 mendapat biasiswa Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk melanjutkan pelajaran dalam biokimia di Taylor University, Lakeside, Amerika Syarikat (AS).

Chris Deng berketurunan Kenyah dari Hulu Baram pula diterima melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Oxford di United Kingdom.

Beliau mengharumkan nama Sarawak kerana menjadi seorang daripada 14 peratus pelajar dunia ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti terbaik dunia. – Harian Metro

oleh: Mohd Roji Kawi

Kredit foto: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: