Berita | Setiu, Dungun mula dilanda banjir

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat di beberapa kawasan di Terengganu sejak pagi Khamis menyebabkan 21 orang daripada lima keluarga terpaksa berpindah ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS pertama yang dibuka pada 1.30 pagi Jumaat ialah Sekolah Kebangsaan Kasar, Hulu Nerus di daerah Setiu yang menempatkan empat sekeluarga.

“Satu lagi PPS dibuka di daerah Dungun pada 6.30 pagi iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga.

“Ketika ini, hujan lebat masih berlaku di kebanyakan tempat dan penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa peka dan berpindah segera apabila diarahkan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan stesen bacaan di dua sungai Terengganu telah melepasi paras bahaya.

Dua stesen bacaan itu ialah di Sungai Dungun di Pasir Raja setinggi 37.56 meter (m) berbanding paras bahaya 37.5m dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman setinggi 18.89m mengatasi paras mengatasi paras bahaya 18.5m.

Selain itu, dua jalan di daerah Kemaman juga ditutup setakat ini kepada semua kenderaan ringan iaitu Jalan Pelatoh ke Lubuk Lesung kerana dinaiki air setinggi 0.4m dan Jambatan Lama Teladas berikutan arus yang deras.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan tidak mengambil risiko melalui jalan yang ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – Bernama

oleh: Norhaspida Yatim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: