Berita | Wanita didera lebih berkemungkinan terlibat tingkah laku berisiko tinggi

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan keganasan terhadap wanita sebagai isu kesihatan, pelanggaran hak asasi wanita, integriti tubuh badan serta hak seksual dan reproduktif.

Beliau berkata wanita yang didera lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok dan penggunaan bahan terlarang berbanding wanita yang tidak didera.

“Tambahan pula, tekanan kronik yang disebabkan oleh keganasan dikaitkan dengan kadar penyakit kronik yang lebih tinggi (seperti penyakit jantung dan diabetes), gangguan kesihatan mental dan jangkitan untuk wanita yang didera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama melalui rakaman video pada Forum Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Malaysia tahunan kedua, anjuran Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia hari ini.

Sementara itu, Khairy juga berjanji untuk melakukan lebih banyak lagi untuk mewujudkan dasar yang akan memastikan perlindungan dan tumpuan terhadap kesejahteraan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam semua aspek di negara ini.

“Hak untuk autonomi tubuh adalah janji yang diperakui secara sah oleh undang-undang negara kita untuk setiap rakyat Malaysia. Namun saya tidak menafikan terdapat jurang sosial dan undang-undang penting yang perlu dirapatkan apabila melibatkan wanita dan kanak-kanak perempuan,” tambah beliau. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: