Berita | Klang, Sepang paling teruk terjejas banjir

Shah Alam: Klang dan Sepang adalah dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri ini susulan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain itu, kawasan Shah Alam, Banting dan Kuala Langat pula mengalami peningkatan paras air hingga membabitkan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kepada orang ramai, kita (polis) mengharapkan mereka lebih berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa supaya tidak terperangkap dalam banjir,” katanya pada sidang media secara maya melalui Facebook Polis Klang Selatan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama kanak-kanak supaya menjauhi kawasan banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurut Arjunaidi, tinjauan pihaknya di sekitar Pelabuhan Klang mendapati keadaan air di kawasan itu masih terkawal namun paras air semakin meningkat di beberapa tempat terutama di sungai-sungai utama di Selangor.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, dua pengunjung hotel di Shah Alam hampir lemas ketika sedang mengalihkan kenderaan di ruang parkir bawah tanah bangunan tersebut kira-kira 3.30 petang.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, dua pengunjung hotel di Shah Alam hampir lemas ketika sedang mengalihkan kenderaan di ruang parkir bawah tanah bangunan tersebut kira-kira 3.30 petang. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: